top of page
Admin

PUASA 3 Bulan Berturut-Turut Selama 2 Tahun Dapat Bina Bangunan Brainy Bunch yang Kini Bernilai RM 85 Juta!

Updated: 1 day ago



Pada tahun 2016, kami telah dapat tawaran untuk membeli 5 ekar tanah daripada PKNS untuk kami bina Sekolah Antarabangsa Islam Brainy Bunch.


Pada masa itu harga tanah sahaja RM 17,000,000 (termasuk GST) dan untuk pembinaan bangunan lengkap dengan ID berjumlah lebih RM 50,000,000.


Selepas membayar deposit booking beli tanah (RM 2 Juta) yang kami tunggu 2 tahun nak dapat surat tawaran, kami pun terus berusaha mendapatkan pembiayaan untuk bayar baki tanah dan dana untuk bina bangunan sekolah.


Masa tuh ada satu Bank Komersial yang yakin dengan kekuatan kewangan Brainy Bunch usaha untuk dapatkan kelulusan tapi telah ditolak apabila sampai ke peringkat yang terakhir. Masa tuh memanglah sedih tapi tetap yakin Allah pasti akan bantu kami.


Kami berjumpa dengan SME Bank. Masuk, tolak, masuk, tolak. Pelbagai dugaan dan cabaran.


Saya pun terus berdoa dan bernazar Ya Allah, jika Kau bantu aku dapatkan pembiayaan untuk selesaikan duit tanah dan bina bangunan sekolah ini, Aku akan Berpuasa hingga Ramadhan!


Sesungguhnya Allah yang Maha Kasih dan Maha Mendengar kabul kan doa saya. Berita kelulusan Pembiayaan Dana ini saya dapat tepat pada sebelum 1 Rejab. Jadi saya tunaikan Puasa Nazar yang pertama Rejab dan Syaaban sebelum masuk Ramadhan Allhamdulillah!


Tapi dana yang kami dapat cuma RM 25 Juta. RM 15 juta untuk selesaikan bayaran beli tanah dan hanya ada RM 10 juta untuk bina banggunan. Konsultant projek masa itu tanya nak buat bahagian mana dahulu? Tak cukup nie RM 10 juta sahaja.


Saya kata takpa, buat dulu. Nanti pasti Allah bantu siapkan. Setelah dapat kelulusan membina bangunan dan pembinaan bermula saya terus mohon lagi dana tambahan dengan Nazar yang sama. Ya Allah Jika Kau Tunaikan permintaan Aku ini aku akan puasa hingga ke Ramadhan. Dan di tahun yang kedua, tepat sebelum 1 Rejab, dapat news dana tambahan diluluskan. Alhamdulillah!


Sebab itu setiap tahun bila masuk 1 Rejab saya akan senantiasa teringat kembali moment indah puasa Rejab, Sya'ban.


Kami beli tanah 2016, 2017 Bangunan Siap. 2018 Pelajar pindah masuk. Sungguh semuanya milik Allah. Dia nak uji tindakan kita sahaja.


Terima kasih kepada team pembinaan bangunan Brainy Bunch yang diketuai oleh Haji Zul, our Team Brainy Bunch, Parents yang terus percaya kepada kami, SME Bank, RHB Bank dan our students yang senantiasa menjadi motivasi kami untuk beri dan jadi lebih baik.


Esok Hari Yang Sangat Istimewa!


1 January 2025 jatuh pada 1 Rejab 1446H!

Bulan-bulan untuk kita semua memperbanyakkan Puasa dan Amal sudah sampai!


Nabi banyak berpuasa di Bulan Rejab & Sya'baan.


Ayuh kita Azam Puasa cara Nabi!


Sahur sebiji tamar


Buka 3 biji tamar


Dan benar-benar kurangkan makanan!


Banyakkan Puasa untuk Banyakkan Amal.


Semoga Tahun 2025 menjadi Tahun kita semua bangkit menjadi Ummah yang berjaya untuk Allah dan Rasul secara berjamaah.


Siapa yang masih tiada Jamaah, boleh join Jamaah Brainy Bunch kami.


Semoga bermanfaat.


Coach Fadzil, Pengasas Brainy Bunch


Gambar Bangunan Sekolah Antarabangsa Islam Brainy Bunch Cyberjaya semasa dalam Pembinaan


Sumber: Fadzil Hashim, Pengasas Brainy Bunch


3 views0 comments

Recent Posts

See All

Commenti


bottom of page