Pada usia 3 hingga 6 tahun, anak-anak sedang melalui fasa perkembangan yang pesat dari segi fizikal, emosi, dan mental. Dalam tempoh ini, rutin harian yang konsisten adalah penting untuk;
1. Memberi Rasa Selamat dan Stabiliti
Anak-anak berasa lebih selamat dan yakin apabila mereka tahu apa yang akan berlaku. Rutin akan berikan mereka kestabilan yang penting dalam membantu mereka menyesuaikan diri dengan dunia dan keadaan di sekeliling mereka.
2. Membentuk Disiplin dan Tanggungjawab
Dengan rutin, anak-anak belajar untuk mengikuti jadual seperti waktu makan, tidur, dan bermain. Ini membantu mereka memahami kepentingan disiplin dan tanggungjawab sejak kecil.
3. Meningkatkan Perkembangan Emosi
Rutin membantu mengurangkan rasa cemas dan memberikan anak keyakinan dalam menghadapi perubahan atau situasi baru. Kesannya mereka lebih mudah mengawal emosi,
4. Menyokong Perkembangan Otak
Aktiviti yang berulang, seperti membaca sebelum tidur atau bermain pada waktu tertentu akan merangsang otak mereka. Ini akan bantu mereka untuk memahami pola dan membentuk memori yang lebih baik.
Mewujudkan rutin harian yang konsisten adalah pelaburan jangka panjang untuk perkembangan anak-anak. Ia bukan sahaja membantu mereka merasa selesa dan yakin, tetapi juga membentuk asas untuk tabiat dan keperibadian yang positif. Dengan rutin yang teratur, ibu bapa juga dapat lebih mudah menguruskan hari mereka, menjadikan kehidupan keluarga lebih harmoni dan teratur.
Pendaftaran untuk tahun 2025 sudah dibuka 🤩
Pilih tadika terbaik untuk anak anda di https://www.brainybunch.com/register-my-interest
Comentários