top of page
Admin

Main Tak Perlu Lama, Yang Penting Masa Berkualiti Dengan Anak!


Kadang-kadang, kita sebagai mak ayah memang sibuk sangat kan?


Kerja, urusan rumah, semua benda nak kena buat. Tapi, jangan risau! Walaupun masa kita terhad, tetap ada cara untuk main dengan anak setiap hari. Tak perlu tunggu hujung minggu atau masa cuti.


1. Main dengan anak setiap masa, tak perlu tunggu waktu khusus


Bermain dengan anak bukan hanya boleh dilakukan waktu lapang. Masa kita tengah sibuk pun, sebenarnya boleh buat aktiviti bersama anak. Contohnya, waktu nak keluar rumah atau ketika tengah mandikan anak. Sambil pakaikan baju atau tukar lampin, mak ayah boleh sentuh atau usap tubuh anak. Cuba juga cuit pipi atau hidung mereka, itu pun dikira kita bermain dengan mereka


2. Buat aktiviti ringkas, tapi bermanfaat


Tak perlu aktiviti yang rumit. Anda boleh main dengan anak guna barang yang ada kat rumah. Contohnya, main blok atau main bentuk dan warna. Tunjuk warna atau bentuk, dan tanya anak, "Ini warna apa ya?" atau "Bentuk apa ni?" Sambil main, sambil belajar!


3. Kualiti lebih penting daripada kuantiti


Ingat, masa yang kita luangkan dengan anak tak perlu panjang. Yang penting, kualiti masa bersama mereka. Jangan stress kalau tak boleh main lama-lama. Apa yang penting, setiap detik bersama anak itu bermakna. Jadi, bila-bila masa pun, main je!


Semoga ini membantu dan memberi idea baru untuk mak ayah main dengan anak walaupun dalam kesibukan harian!


0 views0 comments

コメント


bottom of page