top of page
Writer's pictureHilmi Ismail

Konsep "Learn Through Play" dalam kaedah Montessori di Brainy Bunch šŸŽ“šŸ§ šŸŽˆ




Kami di Brainy Bunch percaya bahawa pembelajaran yang efektif mesti melibatkan unsur yang menggembirakan dan interaksi yang aktif bersama anak-anak. Oleh itu, kami mengaplikasikan konsep "Learn Through Play" dalam kaedah Montessori di Brainy Bunch untuk menyediakan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna bagi anak-anak.


Dalam kaedah Montessori, setiap aktiviti dirangka dengan teliti untuk merangsang minda melalui permainan. Anak-anak ditempatkan di dalam persekitaran yang membolehkan mereka belajar dengan cara yang menyeronokkan dan mengikut fitrah mereka.


Aktiviti seperti "Pouring Exercise", anak-anak perlu menuang objek yang berbeza seperti air dan kacang dari satu bekas ke dalam bekas yang lain tanpa menumpahkan objek tersebut. Aktiviti ini dapat membantu anak-anak untuk melatih fokus mereka dan meningkatkan koordinasi mata-tangan mereka.


Secara khususnya, ruang kelas Montessori di Brainy Bunch dilengkapi dengan pelbagai alat bantu mengajar (apparatus) untuk membolehkan anak-anak belajar melalui permainan yang sesuai dengan tahap perkembangan mereka. Alatan yang digunakan telah pun dipilih dengan teliti untuk merangsang minat dan kreativiti mereka.


Contohnya alat seperti "Knobbed Cylinder" dapat membantu anak-anak mengenal pasti perbezaan saiz sesuatu objek dalam masa yang sama melatih mereka menggunakan tangan dengan betul. Setiap alat yang digunakan dalam sesi pembelajaran dapat membantu mereka mengasah pemikiran kognitif, skil motor, dan kemahiran sosial secara organik.


Kami percaya bahawa apabila anak-anak belajar melalui aktiviti dan permainan kerana itulah fitrah mereka. Mereka tidak hanya memahami konsep secara mendalam tetapi juga mengembangkan minat untuk belajar. Ini amat penting untuk membentuk dasar yang kukuh untuk semangat ingin tahu semenjak kecil sehingga sepanjang hayat.


Jadi, di Brainy Bunch, "Learn Through Play" bukan sekadar konsep, tetapi satu budaya yang kami lakukan setiap hari.


Sertailah kami dalam memberikan pengalaman pembelajaran yang berbeza dan membina asas kecerdasan yang kukuh bagi masa depan cemerlang anak anda! šŸš€šŸŒˆ



415 views0 comments

Comments


bottom of page