1. Bagaimana cara bapa layan ibu
Jika bapa adalah jenis yang loving, caring, supportive layan ibu dengan hormat dan bermaruah, anak-anak akan buat benda yang sama pada isterinya nanti.
Tetapi kalau sebaliknya, memang tak mustahil dia akan buat seperti itu pada isterinya. Bila dia di ajar dengan keganasan, tak mustahil dia pun akan jadi ganas.
2. Bagaimana ibu bapa layan orang lain
Kalau kita suka merendah-rendahkan orang dan memarahi dengan bahasa kasar tak mustahil anak akan berperangai sama apabila dah besar. Terutamanya apabila dalam kereta dan kita terperangkap dalam jem, lepas tu maki orang sebab bawa kereta terlalu perlahan. Awas! Anak akan dengar apa yang keluar dari mulut kita.
3. Bagaimana ibu bapa tunjukkan tanda hormat pada orang lebih tua
Jika kita kurang ajar pada orang yang lebih tua dan berumur atau sentiasa melemparkan kata-kata kasar anak-anak kita juga akan membesar dengan kurangnya rasa hormat kepada orang yang lebih dewasa termasuklah kita sendiri sebagai mak ayahnya.
4. Kejujuran ibu dan ayah
Anak-anak akan tahu kalau kita menipu. Mereka tahu jika kita cakap lain tapi buat lain. Cakap tak serupa bikin. Kalau sentiasa cakap tak betul, lama kelamaan anak-anak juga akan mula menipu kerana mereka sudah terbiasa dengan perlakuan yang tidak jujur.
5. Sifat pemurah
Kalau kita selalu terlibat dengan kerja-kerja amal, bersedekah, amalan-amalan baik ini juga akan diikuti oleh anak-anak. Apa lagi kalau kita turut libatkan anak-anak dalam perkara ini contohnya hasil pengumpulan duit tabungan mereka, kita agihkan untuk tujuan sedekah.
Kredit: PaMa
Comments