Tanpa sedar percakapan kita setiap hari dengan anak memainkan peranan yang besar bagi membentuk diri anak kita.
Disebabkan itulah kita harus berkata yang baik-baik pada anak-anak yang masih kecil.
Malah menurut perkongsian Dr Redza Zainol, beberapa perkara ini sebaiknya elakkan dituturkan pada anak-anak.
1. Mengugut anak. Ini tanda skil komunikasi kita dengan anak masih lemah.
2. Tak letak peraturan yang jelas di rumah.
3. Tipu anak. Sebaiknya kita berkongsi maklumat dengan anak mengikut tahap usia anak.
4. Kita biarkan anak langgar peraturan yang kita dah tetapkan. Anak akan fikir peraturan boleh dilanggar sesuka hati.
5. Bercakap dengan nada dan ayat yang sarkastik.
– Anak di bawah usia 5 tahun tak faham konsep abstrak.
– Anak kecil hanya boleh lihat dunia dari pandangan mereka sahaja (one viewpoint)
– Dia belum boleh tengok dunia dari kacamata orang lain.
Comments