Tetapi, untuk memastikan potensi mereka berkembang dengan baik, Ibu Ayah perlu tahu cara mendidik yang betul. Ini ada beberapa tips yang boleh membantu!
1. Berikan Tanggungjawab Perlahan-lahan
Anak sulung biasanya cepat belajar tentang tanggungjawab. Jadi, Ibu boleh berikan mereka tugas yang sesuai dengan usia mereka. Namun, pastikan tugas tersebut tidak terlalu berat dan tetap memberi ruang untuk mereka berseronok.
Contohnya, minta mereka tolong kemas mainan adik-adik atau bantu masak. Ini akan mengajar mereka tentang disiplin dan rasa tanggungjawab
2. Ajarkan Mereka Tentang Berkongsi
Memang selalunya anak sulung yang akan jadi yang pertama dalam banyak perkara. Tapi penting untuk mereka diajar untuk berkongsi. Sebab kadang-kadang mereka boleh bersikap ego.
Ajarkan mereka untuk berkongsi terutamanya dengan adik beradik
3. Pupuk Rasa Percaya Diri
Anak sulung cenderung untuk lebih serius kerena mereka selalu dianggap dan dipandang sebagai contoh ikutan untuk adik beradik yang lain. Oleh itu, pupuklah rasa percaya diri yang tinggi dalam diri mereka.
Berikan pujian apabila mereka berjaya supaya dapat dibina keyakinan diri mereka dan juga sebagai galakan agar mereka terus berusaha
4. Luangkan Masa Kualiti Bersama Mereka
Merekalah anak harapan dalam keluarga. Oleh itu ada masanya mereka perlukan perhatian lebih daripada Ibu Ayah mereka. Luangkanlah masa yang berkualiti bersama mereka.
Berbual, keluar berdua, bermain dengan mereka atau apa saja. Ini akan eratkan hubungan dan beri mereka sokongan dan motivasi
留言